Sat, 19 Sep 2020 11:38:15     

Media & News


Commuting Safety Support Program (CSSP)
2020-08-27 15:02:02

Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP)
 
Majlis Perasmian dan Turun Padang Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP) 2020 di Hicom Automotive Manufacturers(M) Sdn. Bhd, Pekan Pahang oleh Ketua Pengarah MIROS, Ir. Ts. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim bersama Pengarah PERKESO Negeri Pahang, Tn. Hj. Tarmizi Mukhtar.Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP) merupakan program kolaborasi antara Pertubuhan Keselamatan Sosial dan MIROS untuk memberi latihan dan sokongan terhadap pengurusan perjalanan para pekerja khususnya pencarum PERKESO melalui majikan.Program ini berdasarkan garis panduan SIRIM Standard “Good Practices in Implementing Commuting Safety Management” yang dibangunkan bagi membantu industri melaksanakan pencegahan kemalangan  perjalanan kepada semua pekerja.Ianya bertujuan menerapkan dan menjalankan intervensi berhubung keselamatan pergi dan balik kerja khususnya kepada pekerja yang menaiki motosikal ke tempat kerja.