Sat, 20 Jul 2019 13:56:02     

Media & News


Selamat Hari Wanita
2019-03-08 14:00:55

Selamat Hari Wanita 2019!!
Peranan wanita dalam pembangunan masyarakat bukan sahaja dalam aspek kekeluargaan, namun fungsi mereka dalam pembangunan ekonomi negara turut tidak boleh dipandang enteng.
Di Hicom Automotive, pihak syarikat sangat menghargai peranan wanita dalam melengkapi kepimpinan syarikat. Biarpun, wargakerja HA didominasikan golongan lelaki, tugas dan pandangan kaum Hawa juga turut dipandang tinggi.
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada hari ini, pihak syarikat telah menganugerahkan kuntuman istimewa buat para pekerja wanita. Sesi pengagihan bunga mawar telah disempurnakan sendiri oleh pihak MANCO serta ketua- ketua jabatan semalam.
Terima kasih kaum Hawa, pengorbanan anda amatlah dihargai!