Fri, 03 Apr 2020 19:52:33     


Home  »  Awards  »  Certificate of Participation




Tahniah HA Pro!!

Tahun ini, HA Pro sekali lagi berjaya membawa pulang kejayaan gemilang buat Hicom Automotive. Berbekalkan pembentangan projek bertajuk 'Menghapuskan Masalah Body Scrap (Laser Issue)', 3 wargakerja #mentalitiJUARA berjaya merangkul anugerah 5 BINTANG dalam Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (INTex) 2019, pada 6-8 November yang lalu di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan yang berterusan buat pasukan HA Pro!! Semoga kejayaan ini akan terus memberi inspirasi kepada semua wargakerja untuk bersinar di peringkat kebangsaan.

 

Tahniah!

Sekali lagi Team HA PRO berjaya membawa pulang anugerah EMAS daripada 'Team Excellence Convention' Peringkat Wilayah Timur 2019. Konvensyen tahunan yang dianjurkan oleh 'Malaysian Productivity Corporation' (MPC) merupakan acara mempertandingkan inovasi-inovasi syarikat di Malaysia untuk mempertingkatkan kecekapan pekerjaan dan penjimatan kewangan dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.

Tahniah buat team HA PRO!

 
 

Tahniah HA Pro!!

Mewakili syarikat ke Konvensyen ICC & HCDP DRB-HICOM 2019 merupakan kejayaan yang sangat bermakna buat kumpulan HA Pro. Kelayakan ke tahap ini adalah sesuatu membanggakan memandangkan bukan calang-calang kumpulan dijemput untuk mempamer projek ICC masing-masing di Konvensyen terbesar DRB-HICOM.

Projek tersebut dipamerkan dan mereka diberi peluang untuk berkongsi kejayaan yang dilakukan di syarikat masing-masing dihadapan pengurusan tertinggi kumpulan DRB-HICOM.

Tahniah buat semua!!

 
 

Congrats to Hicom Automotive Team!!

It was amazing and glorious day for HA team in Innovative Creative Circle (ICC) & HMS Capability Programme (HCDP) Convention of DRB-HICOM 2019. They have proved our #mentalitiJUARA is not imaginary vision but success mindset of our 'wargakerja'.

Congrats team for achieving 1st runner up in the convention. Your truly #HAPride!

 

Tahniah buat pasukan 'HA PRO' kerana telah memenangi 4 BINTANG dalam 'Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition' anjuran 'Malaysia Productivity Corporation (MPC)' peringkat kebangsaan yang diadakan di Sunway Convention Centre.

HA PRO yang mempertandingkan projek inovasi 'stopper jig' untuk mengurangkan pergerakan bumbung kereta sewaktu pemasangan di 'Body Shop VW' dan berjaya memberi penjimatan hebat kepada syarikat telah menarik perhatian juri untuk memberi bintang yang lebih banyak tahun ini berbanding tahun- tahun lepas.

Tahniah dan syabas buat pasukan 'HA PRO'!

 
 

Tahniah buat pasukan Creanova kerana telah mengharumkan nama Hicom Automotive melalui kejayaan mereka mara ke peringkat akhir Konvensyen ICC/HCDP DRB-HICOM 2018.

Sempena kejayaan ini, pasukan Creanova diberi peluang untuk membuka 'booth' pameran dan berkongsi kejayaan projek mereka kepada semua pengunjung terutama tetamu VVIP iaitu Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Dato' Sri Syed Faisal Albar Syed A.R. Albar.

Selain Creanova, konvensyen ini turut disertai wakil hebat anak-anak syarikat DRB-HICOM yang lain yang berjaya memasuki pusingan akhir ini seperti PROTON, MODENAS, POS Malaysia, Bank Muamalat, Hicom Teck See, CTRM dan lain-lain.

Kemenangan sejauh ini sememangnya memberi inspirasi kepada kumpulan-kumpulan lain untuk terus maju dan berdaya saing dalam meningkat sektor pengeluaran, jaminan kualiti terbaik dan inovasi yang lebih kreatif.

 
 

Participated in the “Convention On Team Excellence (ICC/QE/Lean/Triz) East Coat Region 2016” organised by MPC

Award & certificate presented by Y.B. Datuk Chua Tee Yong (Deputy Minister of Trade and Industry) to the Team Speaker Pn. Ummu Adilah binti Othman.

Team Name : AMPERE FORCE.

Team members :

  • En. Mohd Allif Firdausi bin Abdul Khalis (P. Shop)
  • Pn. Ummu Adilah binti Othman (EFM)
  • Ms. Siti Rifqah binti Zakaria (IMS)

 
 

Team SWIFT from Suzuki Operation has participated into Team Excellence Convention organized by MPC from 26th ~27th August 2015 at Sunway Convention Centre.

Total team participated is 130 teams. Total of participants are 938.

Rewards are divided into 3 categories which is GOLD, SILVER and BRONZE.

Our team's achievement is GOLD (EMAS).

P/S: MPC will select among GOLD level to participate into National Convention which targeted on November 2015.

P/S: IMS hope this achievement augment the enthusiasm of SGA members 2015/2016

Our team members are:

  • En. Wan Zamzahidi bin Wan Zahid ~ Manager QM Suzuki ( Facilitator)
  • Cik Wan Nor Hafizah binti Wan Yusoff ~ Engineer QM Suzuki ( Team Leader)
  • En. Mohd Razif bin Mohd Ab Rashed ~ Engineer Body Shop Suzuki (Asst. Leader)
  • Pn. Siti Rabeah binti Sumali ~ Engineer Paint Shop (Member)
  • En. Mohamad bin Ismail ~ Engineer Trim & Mech Suzuki (Member)