Tue, 19 Nov 2019 11:43:17     

Media & News


Majlis Pelancaran BIZZ & BUZZ
2019-03-30 09:18:30

BIZZ & BUZZ!!

Tidak mensia-siakan bakat yang ada, satu inisiatif kreatif sekumpulan wargakerja telah berjaya menukarkan ruangan kosong kepada satu tempat yang ceria dan santai. Ruangan sosial yang kini dikenali sebai 'The Bizz & Buzz' setelah siap sepenuhnya dan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HA, En Ismail Pandak pada hari Jumaat lepas.

Projek yang dikelolai oleh golongan muda dan disokong sepenuhnya oleh pihak syarikat ini mencetuskan satu persepsi yang berbeza terhadap persekitaran kilang dianggapkan membosankan dan tidak ceria.

Menurut pesanan En Ismail sewaktu perasmian ringkas ruangan tersebut, beliau mahukan inisiatif seperti ini seharusnya dikembangkan lagi untuk semua operasi-operasi dan sebarang idea kreatif sangat dialu-alukan oleh pihak syarikat. Oleh demikian, jika ada mempunyai sebarang cadangan penambaikan untuk manfaat semua, boleh ajukan terus kepada Ketua Jabatan masing-masing.

Tahniah dan syabas kepada 'team' yang bertungkus-lumus memerah idea untuk konsep dan sumbangan tenaga yang disalurkan untuk projek ini.

Terima kasih!