Tue, 22 Jan 2019 14:32:10     

Media & News


Penghargaan Kepada Semua Wargakerja Hicom Automotive
2019-01-08 15:03:38

KEJUTAN HUJUNG TAHUN!
Berkonsepkan "People First" dan sebagai penghargaan kepada semua wargakerja Hicom Automotive, pihak pengurusan melalui inisiatif Ketua Pegawai Eksekutif, telah memberi kejutan istimewa kepada semua wargakerja pada tengah hari tadi.
Pemberian satu set 'KFC Lunch Box' memberi senyuman manis kepada setiap wargakerja yang telah bertungkus-lumus memberi prestasi terbaik pada tahun ini.
Kejutan untuk lebih 2,000 pekerja di kedua-dua 'plant' diharapkan dapat memberi perspektif baharu dan menyuntik semangat juang tinggi dalam menempuh tahun baru, 2019.