Tue, 22 Jan 2019 13:48:00     

Media & News


Hari Orientasi Taska Ar-Raudhah Hicom Automotive 2019
2019-01-08 09:03:10

Hari Orientasi Taska Ar-Raudhah Hicom Automotive 2019
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, akhirnya Taska Ar-Raudhah kini secara rasminya membuka pintu kepada anak-anak hebat wargakerja Hicom Automotive.
Bermula dengan program orientasi yang dikendalikan oleh pendidik bertauliah, pelbagai ragam kanak-kanak boleh dilihat bersama ibubapa masing-masing.
Pelbagai kemudahan disediakan di Taska Ar-Raudhah dan silibus yang diperkenalkan adalah berkonsepkan program Permata Negara, yakinlah bahawa Taska ini merupakan platform awal untuk melahirkan pemimpin dan jurutera hebat kelak.
Terima kasih En Ismail Pandak, Ketua Pegawai Eksekutif HA atas usaha murni beliau dalam merealisasikan impian wargakerja.