Tue, 19 Nov 2019 10:59:36     

Media & News


Singgah Sahur Ramadhan 1.0
2019-05-23 01:20:57

Menyedari pengorbanan agensi- agensi keselamatan dalam menjaga keamanan komuniti sejagat, Unit Outreach Hicom Automotive telah mengambil inisiatif menganjurkan program Singgah Sahur Ramadhan.
Program yang julung kali diadakan bertujuan menghargai anggota keselamatan yang bertugas sewaktu ramai orang sedang diulit mimpi masing- masing. Perkongsian makanan serta hamper diagihkan kepada beberapa agensi keselamatan kerajaan seperti polis, pegawai keselamatan dan jabatan pertahanan awam sekitar Pekan.
Program yang disertai CEO serta pihak pengurusan Hicom Automotive turut berkesempatan singgah dan menyampaikn sumbangan sahur kepada beberapa keluarga wargakerja terpilih.
Tahniah dan syabas kepada sukarelawan wargakerja yang turut hadir memeriahkan program ini. Semoga perkongsian rezeki ini memberi keberkatan kepada semua pihak yang terlibat serta menghargai jasa-jasa 'hero' negara.
#hicomautomotive
#singgahsahur2019
#outreachunit